Monday, May 12, 2014

..::AKU, DIA, KAKAK, ADIK, GREEN HORNET & MR. GARY::..

Assalamualaikum W.B.T

Pehhhh dah lama giler aku tak update blog aku nih... bersawang beb... ehhhh aku sibuk tau! bukan sengaja biarkan blog aku ni bersawang. Ok laa ada gak teringat nak update blog kesayangan aku nih.

Cerita terbaru Puan Rina dah mengandung anak kami yang kedua dan sabtu ini 17/05/14 kandungannya berusia 8 bulan... 8 BULAN!!!!? Uhuhuhu begitu cepat masa berlalu..., rasa baru macam semalam je aku berdating dengan Puan Sabrina... Anak sulung kami Mia Nur Khalilah pun dah darjah 1 dan bersekolah di Bandar Tun Razak. Mulutnya Ya Allah pok pek pok pekkk kekadang menaikkan termometer badan aku... ^_^

Aku masih memandu Myvi Green Hornet ehehehe... Alhamdulillah masih mantap berjasa. Adatlah kereta terpakai kekadang ada alat ganti yang perlu di tukar tetapi semuanya di permudahkan Allah.

Jenggggg.... bonus yang terkini aku membeli Sym Symphony Evo 250i terpakai (terpakai laa lagi) dengan harga RM14k. Model tahun 2011 tetapi perbatuannya baru 3.2k... Ok laa tu janji aku tak berhutang... So sekarang pakcik hanya ada hutang... rumah dan Green Hornet... So aku namakan skuter ni Mr. Gary ahahaha....

Motor buat pertama kali semalam isi minyak dan stesen minyak yang menjadi pilihan aku ialah di Petron Sg Chua, pasal boleh lencong pergi beli makan malam di Ayie Tomyam @ TipTop Taman Semarak... Seronok wehhhh naik skuter ni... Santai...

Ok lah aku nak buat kerja dulu ehehehe tata....


Wednesday, July 11, 2012

CUTI REHAT YANG TAK REHAT SANGAT XD

Puan Sabrina Kantoi Memegang Bukti
Mia Nur Khalilah Sedang Berusaha Menghilangkan Bukti
Semalam 10 Julai 2012 aku ada banyak urusan keluarga. Pagi hantar bapa mertua pergi medical check up di PPUKM. Selepas itu bersama Puan Sabrina menghantar Mia Nur Khalilah menyertai rombongan cik kiah tadika sri kancil ke Zoo Negara. Selepas itu mencari sarapan. Lepas tu lepak kat rumah mertua sambil melayan JAWS 1. Pergi ke PPUKM menjemput bapa mertua (kompom aku hantu menantu yang bagus). Layan JAWS 2 pulak. Lepas tu pergi jemput anak kat tadika yang balik daripada rombongan. Then pergi ke selkom leisure mall untuk ambil simkad Puan Sabrina, anak dan mak mertua. Pastukan hantar mak mertua balik rumah (tak kan nak suro angkat teksi, kitakan hantu menantu yang baik). Masa nih otak dah mula tak betul..., balik singgah taman mesra pekena kuih2 goreng buat minum petang. Puan Sabrina kata mantap, so belikan untuk mertua siap hantar on the spot lagi. Lepas tu bertolak ke kajang lagi (ooppsss i did it again)... 

Errr sila abaikan En Teddy itu okay....

Stim woooo, siap sendawa kentut lagi tawwww....

Sampai kajang singgah metro plaza, Puan Sabrina dan Mia Nur Khalilah sibuk nak BERAK buang air so aku mengambil kesempatan untuk berurut di SPA GINTELLI ahahaah RM1 untuk 3 minit ehehehe. bila dah abis memerut kami pergi kedai emas pasal Puan Sabrina nak belikan anak dara kami subang emas 916 eheheh.... Selesai proses tindik dan bayar itu subang (Mia Nur Khalilah nangis pasal tinger cakit) kami tiga beranak turun pekena KYROS (tempat dating dan menyamar kenyang) dan belikan ubat tahan sakit telinga anak (aiskrim sebenarnya).

Arghhhhh aku dah penat..., lepas tu berjalan kaki ke ZulDeKlasik (saja eja melayu) untuk ambil tempahan seluar tapi malangnya tak siap lagi... alahai.... jalan kaki balik ke metro plaza ambil kereta dan terus balik. lepas mandi, aku ejas katil dan tido....

Hi nama kita Inspektor Muffin!
 Anak dara terbaru (selain MNK) di rumah kami... awas beben dan billi.....

Suara kita dasyat tawww :)

Ini gambar kat redbox plus di pavillion. aku pergi dengan sepupu aku..., dia payung alhamdulillah. Bro tenkiu tawwww.....

Dah2..., pergi sambung kerja balik!!!! huwaaaaaaa banyaknyerrrrrr :(

Monday, July 02, 2012

MOTOROLA EX119 DUAL SIMS STANDBY

Buah Hati Saya :)


Inilah buah hati saya yang terbaru, En. Motorola EX119 Dual Sims Standby Handphone :) Puan Sabrina pun beli model yang sama... ohhhh bahagianya lalalalaa... ko ader????

Friday, June 29, 2012

MISSION IMPOSSIBLE

BAK MAI KOPI SECHAWAN :)

Satu hari aku sampai pejabat pada jam 7.45 pagi. Di ikuti oleh Mr. F pada jam 8.00 pagi (Mr. F lepak dengan aku sambil borak2 kosong dan Mr. K pada jam 8.05 pagi (Mr. K naik atas dulu untuk proses 'unloading'). Pada jam 8.15 pagi Mr. S datang dan mengajak kami semua pergi ke kopitiam Coffee Time di Damansara Jaya untuk bersarapan. Tengah2 setting, sekali Mr. Z (boss aku) dah datang tengah terkial-kial nak parking kereta. Lantas......, biarkan cerita ini tergantung pasal aku dah nak mula kerja WAHAHAHAH.....

Wednesday, June 27, 2012

OTAI BUAT LAWAK SENGGAMA LAA PULAK

walau pun hijau, keris masih di dalam hati :)

Satu hari di LRA di atas bukit di area Cheras, Abang G macam selalu berborak dengan aku. Tetiba laa pulak dia sudah sungkit aku dengan satu soalan tahap kepunden. Dia tanya pandangan aku tentang fasa kehidupan seorang lelaki. Ohhh tidak...., sepanjang aku kenal Abang G ni, ahhhhhh...., ini musti nak pedajal aku nih. Sepantas GABAN GILER aku berfikir sambil buat muka stim ikan keli terkena letrik. 2 saat lepas tu laju je mulut aku cakap "errrr saya budak2 lagi ahhhh" dengan muka siyes..., muka masa ni dah muka kesian laaa kan, dengan harapan dia cakap terus ke titik. Perghhhhhh menjadik wa cakap kau! terus ditarbiyahkan selama 5 minit dan lepas tu dia huraikanlah sangat apa kebende dia nak cakap tu...

Secara ringkasnya (nampak sangat aku malas taip secara detail kan ^_^ )

tahap pandangan hidup - lelaki berusia di antara 15~40tahun
pada tahap ini, asal kita tengok awek cun je barang kita terus on ehehehe

tahap pegangan hidup - lelaki berusia di antara 41~55tahun
pada tahap ini, awek kena pegang baru barang nak on ahahaha

tahap bermati-matian nak hidup - lelaki berusia 56tahun ke atas
pada tahap ini, kena sapu minyak angin, minyak panas, kena urut secara bermati-matian baru laa barang nak on, itu pun setengah on je WAHAHAHAHAHAH

Cilakak kau bang, mengajar adik mu yang kudus, suci dan murni ini dengan pemikiran lucah kau tu.... tuiihhhhhhh (ayat aku kat dia laa) tapi dalam hati,,,, ahhhhhh boleh jadi bahan nih ekekekekek....

Takpe, ada ubi ada sambal tumis pon aku layan :">

do not sangka clear water got no boya! adios.....